Thursday, 16 May 2013

Super Muslimah - Bab 6

Views

Bab 6; Detik Penentuan


Aisyah mengesat air matanya, dia perlu kuat! Allah, aku minta izin agar Kau beri kekuatan!! Setelah membaringkan jasad kakaknya di tempat selamat, dia meluru ke arah pusat jana kuasa. Kaget dia apabila melihatkan tulisan nombor yang bagaikan menghitung masa.. Tertulis di sepanjang perjalanannya, 3 SAAT.. 2 SAAT.. 1 SAAT.. Terngiang-ngiang di telinganya bagaikan Raja Kegelapan sedang menghitung-hitung beberapa saat tinggal untuk saat perhitungan.. Saat penentuan..

Aisyah cuba untuk menggunakan kuasa terbangnya, tetapi malangnya.. Kuasanya hilang! Dia tidak dapat terbang! Tiba tiba Aisyah tidak dapat mengawal keseimbangan badannya lalu rebah ke tanah...

GELAP...

Aisyah membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Masya ALLAH! Raja Kegelapan berada betul-betul di hadapannya sambil ketawa dengan suara yang mengerikan..

"Hahahahaha!!! Budak, kau lambat! Tidak mengapa, aku pasti kau sudah cukup bersedia. Aku sudah tidak sabar untuk mengambil kusasaku!! Kau milikku!!"

"Tidak!! Demi Allah, aku takkan biarkan kau ambil kuasa ini untuk melakukan kehancuran!! Demi Allah, kau hanyalah makhluknya, dan takdir bukan berada pada tangan kau!!" Aisyah berfikir tentang bagaimana untuk menewaskannya. Dia teringat kembali kata-kata Akira bahawa dia tahu kelemahan Raja Kegelapan. Tunggu, kegelapan penawarnya nur, cahaya! Illahi, aku harus menggunakan kuasa elektrik ini untuk menghasilkan cahaya!

"Bismillahirrahmanirrahim.. Allahu Akbar!!"Aisyah melepaskan satu cahaya yang besar dari telapak tangannya. Raja Kegelapan juga mengeluarkan kegelapan dari mulutnya yang besar itu. Sementara itu, Aisyah khuatir.. Cukupkah cahaya yang kecil ini melawan kegelapan yang besar ini? Kegelapan semakin menelan kuasa cahayanya.. Pandangannya makin kabur. Aisyah berasa seperti tidak kuat lagi. Illahi, adakah aku akan mati??

Tiba-tiba, Akira muncul bersama-sama keluarga Warrior . Mereka saling menyumbang tenaga kepada Aisyah untuk mengatasi kuasa kegelapan. Satu kuasa sinaran mengelilingi tubuh Aisyah, dan pakaiannya berubah! Super Muslimah!!!

Aisyah kembali meneruskan perjuangannya untuk mengatasi kuasa yang dikeluarkan oleh Raja Kegelapan. Cahaya semakin menyinari kegelapan.. Raja Kegelapan makin lemah.... Raja Kegelapan menjerit," Tidakkkkkk!!!!

Lenyap. Yang ada hanya Aisyah, planet, bintang-bintang dan... keluarga Warrior. Akira menghampirinya," Ukhti, alhamdulillah ukhti berjaya juga. Memang ukhti pewaris terakhir, terulung bagi puak Warrior. Lihatlah, inilah keluarga kita.

Aisyah mengalihkan pandangannya ke arah keluarga Warrior. Pakaian mereka sama, ala-ala pahlawan Arab. Mereka tersenyum gagah, bangga atas kejayaan ini. Aisyah mengucapkan syukur, tapi mindanya berfikir...

Adakah ini akhirnya?? Atau ada lagi cabaran yang mendatang?? Benarkah Raja Kegelapan sudah tiada?? Entahlah, tapi yang pasti... Akulah..

SUPER MUSLIMAH!

Wednesday, 15 May 2013

Super Muslimah - Bab 5

Views

Aisyah bangun agak lewat hari ini setelah penat disoal Kak Balqis semalam. Masya Allah! Dia benar-benar terlupa tentang pertempurannya dengan raja kegelapan. Tiba-tiba , dia terdengar bunyi telefon rumahnya berdering panjang.. Dia berasa aneh apabila mendengar suara daripada fungsi telefon,
" Maaf, kami tidak ada di rumah. Sila tinggalkan pesanan atau hubungi 061 987659567843..."

Aisyah hairan, nombor siapakah yang panjang seperti itu? Mungkinkah dari konco-konco Raja Kegelapan? Dia terlihat Kak Balqis menuruni tangga, dan meluru menghampirinya. "Aisyah dapat panggilan pelik juga? Kak pun dapat.."kakak mengerut dahinya. Aisyah perlu cepat! Dia perlu segera ke pusat jana kuasa elektrik lagi... untuk menyelesaikan segalanya. Sebelum sempat dia keluar rumah, kak Balqis menahannya, " Aisyah, biar kakak yang teman! Kakak kan Juara Taekwondo berturut-turut? Jangan risau pasal kakak...".

Aisyah membenarkannya kerana dia juga memerlukan teman. Sebelum sempat mereka sampai ke pusat jana kuasa itu, mereka ditahan oleh Zagros dan orang suruhannya, Olaf.

"Hahahahaaha!! Kau lambat Aisyah, dan kau perlu melepasi kami dahulu! Kau akan mati!! Hahahaha!!"
Aisyah tahu dia tidak patut menyerah. Dia terus menyerang mereka bertubi-tubi, menggunakan  kuasa elektriknya, dan menggunakan jurus-jurus istimewa untuk mengalahkan mereka. Balqis juga tidak kalah dengan mempraktikkan langkah semasa latihan Taekwondonya dulu. Dengan tidak semena-mena, Balqis rebah ke arah dinding kerana diserang oleh Zargos. Dia luka parah...

"Kakak!!!!!" Aisyah meluru menerpa kakaknya. Dia mengelap darah dari kepalanya, sambil menangisi kakaknya yang dirangkulnya erat.
"Aisyah.. kakak mungkin dipanggil ALLAH untuk menemani ayah  di sana.. Jaga ibu dan adik baik-baik ya... Jangan putus asa..." Balqis kembali atas kehendak Allah..

"Innalillahi wainna ilaihi rajiun... " Aisyah meredakan dirinya.

Bersambung....

Tuesday, 14 May 2013

Super Muslimah - Bab 4

Views

Bab 4 - Teman Misteri

ALLAHU AKBAR!! Buk!! Aisyah jatuh ke tanah. Pandangannya masih berpinar-pinar. Beberapa minit kemudian, matanya merenung ke arah sekeliling. Rabb, tempat apakah ini? Aisyah jatuh di tempat yang asing baginya. Sepertinya tempat itu seperti zaman purba, pohon cendawan sahaja tumbuh besar di hadapannya. Tumbuhan menjalar yang menghijau melingkari pepohon. Kemudian, matanya tertancap kepada seorang pemuda, kacak dan berpakaian kimono. Dia membetulkan pedang yang terselit kemas pada kimononya dan menghampiri Aisyah.

"Ukhti tak apa-apa? Ana sengaja membawa ukhti ke sini, kerana misi kita sama. Ukhti Aisyah ingin menghapuskan Raja Kegelapan, bukan?" pemuda tersebut memulakan bicara.

"Bagaimana anta tahu nama ana.... dan bagaimana anta tahu misi ana?"Aisyah bingung.

"Kalau betul nak tahu, antilah pewaris akhir puak "Warrior" yang diamanahkan Allah untuk menghapuskan kuasa jahat, yang didalangi oleh Raja Kegelapan. Sekarang ukhti berada di zaman purba. Kalau ukhti nak tahu, Raja Kegelapan sudah lama wujud dan kami sudahpun mengurungnya di dalam peti usang. Tetapi, sudah kehendak Allah, dia terlepas dari jagaan kami. Raja Kegelapan menyelinap masuk melalui "worm hole" tadi dan merentas masa ke zaman 2040,"panjang dia menerangkan kepada Aisyah.

Aisyah keliru bercampur takut, takut kerana amanahnya untuk menyelamatkan Bumi ini.

"Mmm.. maaf, saudara? Ana belum tahu nama anta?"

"Ohh, lupa pula nak memperkenalkan diri. Ana Akira, juga pewaris puak "Warrior". Serupa dengan ukhti, kita bersaudara. Ukhtilah Super Muslimah!

"Akira, adakah amanah ini terletak pada bahu ana sahaja? Rasanya seperti tidak mampu untuk menewaskannya. Untuk berhadapan dengannya juga ana gentar sebenarnya.."

"Insyaallah, ana bersama-sama keluarga kita akan membantu pada hari pertempuran nanti. Jangan risau, ukhti tidak berseorangan. Allah bersama kita!" Lagipun, sebenarnya ukhti tahu kelemahannya.."

Sebelum sempat Aisyah mengorek dengan lebih lanjut, tiba-tiba, Aisyah terdengar suatu gegaran pada bumi purba itu. "Aisyah, ukhti perlu segera masuk ke dalam "worm hole"! Anti bukan milik bumi purba ini, anti dari masa hadapan! Cepat , sebelum putaran masa menjadi kacau-bilau!" Akira menjerit ke arah Aisyah. Dia segera melompat masuk ke dalamnya... ZAAAPPP!!! Worm hole tertutup kembali.

 ` `  ` ` `   `      ` `  ` ` `  `      ` ` `      `     ` ``  `  `            `` `                        ` ` `    `              `  ` ` ` ` ` `

Ahad, rumah Aisyah

Aisyah sedang menyelesaikan hafalan Qur'an untuk dipersembahkan kepada Ustaz Amirul. Sejenak, dia teringat kata-kata Akira, bahawa bagaimana untuk menghapuskan Raja Kegelapan. Katanya, aku tahu kelemahannya?? Dia menyedari bahawa dia sebenarnya betul-betul berada di zaman purba kerana kalendar pada hari ini memaparkan hari Ahad. Ini bermakna perjalanan merentasi worm hole itu sepanjang 2 hari. 2 hari??? Masya ALLAH, esok hari perhitungan aku dengan Raja Kegelapan!

Belum sempat Aisyah habis mengelamun, tiba-tiba pintu usang biliknya terbuka sedikit dan masuklah kakak Aisyah dengan wajah yang curiga. Aisyah mempersilakan kakaknya duduk.

Kakaknya bersuara separuh berbisik," Aisyah ada simpan rahsia dari kakak?? Something important?"
Sebelum sempat Aisyah menebak, Ukhti Balqis sudah menyambung," Adik... Super Muslimah kan? Kenapa tak cakap dari awal?"......

Bersambung....

Monday, 13 May 2013

Super Muslimah - Bab 3

Views
Bab 3 - Menemui Raja Kegelapan
Sejurus selepas peristiwa itu, Aisyah meminta Qaish untuk merahsiakan identitinya. Dia tidak mahu berlaku sesuatu kepada keluarganya. Aisyah juga makin kerap 'beraksi' dan menyelamatkan mangsa gangguan makhluk aneh yang selalunya turun bila-bila masa itu. Di sana-sini orang ramai menggelarnya Super Muslimah, wanita di sebalik pakaian ala-ala pahlawan Arab. Aisyah hanya berlagak biasa.
Seperti biasa, Aisyah pulang seorang diri dan melintasi tempat janakuasa elektrik. Entah mengapa Aisyah menghampiri tempat itu, dan memegang wayar elektrik di situ. Dengan tidak semena-mena, ada suatu kuasa kuat yang menarik tubuhnya ke atas langit! Sungguh, Aisyah tidak mampu melawannya! Aisyah tertarik ke atas sehingga melepasi kawasan atmosfera. Mujur saja dia mampu bernafas walaupun melepasi lapisan atmosfera. Masya ALLAH!! Sungguh dia bagaikan mahu pengsan apabila menatapi makhluk di hadapannya!
Ya Malik! Inikah Raja Kegelapan?? Kelihatan satu gumpalan gas hitam berbentuk sfera bercampur partikel debu yang membentuk seperti wajah yang mengerikan ada di hadapannya! Saiznya lebih besar daripada Bumi, sehinggakan sekiranya ia menelan Bumi dengan kegelapannya, Bumi pasti mati! Aisyah memberanikan dirinya menghadapi makhluk Allah yang aneh itu.
"Hahahaha!! Rupanya kau hanyalah si perempuan lemah yang menyerap kuasaku! Kau tahu, kuasa kau adalah kuasaku yang terbias dahulu! Tidak aku sangka, kau yang akan menerimanya! Pulangkan kepadaku!"
"Tidak! Ia ada dalam diriku! Ia hak ALLAH! Langkah mayat aku dahulu!"
"Hahahahaha!! Baiklah, aku akan beri kau masa! Nanti kita akan bertempur lagi! Persiapkan diri kau, aku sudah tidak sabar lagi mengalahkan kau! Ingat, 3 HARI SAHAJA! Kemudian nyawa kau pasti dalam genggamanku! Hahahahaha!!
"Mati itu hak Allah, dan kau hanya makhlukNya! Baiklah, kita akan bertempur nanti!
Aisyah kemudian diturunkan perlahan-lahan ke Bumi, tanpa disedari, sebelum sempat ke tanah, dia ditarik ke dalam "worm hole" ! Sesuatu tangan seperti menariknya masuk ke lubang tersebut...
Bersambung............

Sunday, 12 May 2013

Super Muslimah - Bab 2

Views
Bab 2 - Akulah Super Muslimah!

Ahad, Malam Peragaan Kostum Islamik , Bandar Amanda, Kolej Darus Salam
Aisyah, sure anti tak nak makan apa-apa? Ana boleh je ambikkan, nanti tak larat pula nak qasidah ramai-ramai. Ustaz Amirul dah ready dah tu,"Fiqah mengerling ke arah Ustaz Amirul yang sudah bersedia dengan pasukan kompangnya. Aisyah bukan tidak mahu makan, tapi akalnya sahaja yang tidak habis-habis berfikir tentang perkara aneh yang terjadi ke atasnya. 
Semalaman dia membuat ujikaji sendiri tentang fizikal tubuhnya yang sudah berubah. Dia bingung, suhu  badannya masih sama, kadar pernafasannya juga lancar.. Dia sempat memilih nama sebagai penyamarannya, Super Muslimah.
Tapi, dia kini  hairan lagi apabila mengingatkan peristiwa dia terapung-apung di dalam rumahnya ketika membaiki atap rumahnya yang bocor. Ilahi, penemuan barukah ini? Kuasa baru?
Semasa sedang asyik berqasidah, Kolej Darussalam bergegar kuat. Hampir saja Aisyah mahu rebah ketika mengimbangkan badannya. Tiba-tiba, bekalan elektrik terputus. Kemudian, muncul segerombolan makhluk hodoh yang berpakaian seperti ninja muncul di tengah-tengah lantai kolej. Rabb.. Apakah ini?
"Wahai manusia sekalian! Kamu tak perlu takut!! Aku hanya mahu kamu menyerahkan pemilik kuasa Kaizer yang jatuh ke bumi dua hari lalu. Dia tidak patut miliki kuasa itu, ia hanyalah milik Raja Kegelapan!!" Makhluk tersebut mendesak dan terus-menerus melakukan kerosakan di kolej itu. 
Aisyah menyembunyikan diri di celah kegelapan dan kekalutan warga kolej. Aisyah tahu, dirinyalah yang menjadi sasaran sekarang. Dia tahu ada tugas yang perlu diselesaikannya. Dia bertindak pantas dengan menerbalikkan  kain hitam yang menyelubungi dirinya yang dipakai (ala-ala superman) dan terus memakai purdah simpanannya.
Aisyah belum pasti adakah dirinya betul-betul kuat untuk mengatasi konco-konco itu kerana dia belum mengkaji kekuatan diri sepenuhnya. Dengan lafaz bismillah, lancar sahaja buku limanya mengena salah satu makhluk aneh tadi. DUSH!!! Tumbukannya padu sehinggakan makhluk tadi terpelanting hingga retak dinding kolej itu. Subhanallah! Aisyah kini makin yakin dan terus-menerus menumbuk, menendang dan menyerang mereka dengan jalur elektrik yang keluar dari telapak tangannya.
Hampir semua makhluk aneh tadi kalah pada kekuatannya. Aisyah makin yakin, tetapi keralitannya membuatkan dia tidak sedar salah seorang daripada rakannya, Qaish sudah dirangkul kemas sebagai tawanan oleh ketua konco tersebut. 
"Qaish!!" Aisyah cuba melepaskannya dengan menghadapi ketua tadi. Entah mengapa, ketua tersebut melepaskan begitu sahaja tanpa bertempur dengannya dahulu. Aisyah terkaku pada kata-katanya," Cukuplah setakat ini! Sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu untuk dipersembahkan kepada Tuan Zargos. Hei  kau, ingat! Ini bukan akhirnya! Takdir kau adalah untuk Raja Kegelapan! Engkau milik dia!!" -----
Makhluk-makhluk tadi terus lenyap. 
Sebelum bekalan elektrik tersambung kembali, Aisyah sempat memperbetulkan kain hitam yang dipakainya seperti asal dan berpura-pura seperti warga kolej lain yang keliru dan hampir tidak percaya dengan situasi tadi. Tiba-tiba, Qaish memanggilnya dari belakang. Dia bercakap  separa berbisik," Engkaukah tadi? Aku kenal suara kau. 
Aisyah tidak mungkin berbohong. Kebenaran meluncur sahaja dari mulutnya dan membuatkan Qaish terkesima sementara," Ya, memang aku..."
Bersambung........

Asal Usul Aslan Muhaimin

Views
Salam.

Kenapa ada gambar kat atas tu? Untuk pengetahuan semua, idea Aslan Muhaimin datangnya daripada mimpi. Malam itu arwah tok wan meninggal. Tajuk asalnya - Super Muslimah. Tapi, atas bantuan rakan-rakan dan relatives, nama Aslan Muhaimin dipilih.

Super Muslimah? Habis cerita asalnya macam mana? Ha... sebenarnya idea yang terAWAL, watak utamanya bernama Aisyah, dan seorang perempuan. Apa, perempuan? Yes! Sini Husna copy-paste karya asal daripada blog personal. Idea asal dikekalkan, dan ditambah imaginasi daripada Allah untuk sambungannya.

Bab 1 - Detik Impianku Bermula!


Bismillahirrahmanirrahim..
Qul Auzubirabbinnas.. Malikinnas... Ilahinnas... Minsyarril was wasil khannas.. Allaziyuwaswisufi Shudurinnas.. Minal jinnati wannas.. Sadaqallahulazim..

Aisyah menatap lembaran Qur'an itu sedetik selepas menghayati maknanya. Begitu dia khali dengan bait indah dari kalam Allah itu. ULPS! Hampir sahaja dia terlupa akan kuliahnya sejam lagi. Dia terus mencapai beg sandangnya dan masih menggenggam terjemahan Qur'an dalam genggaman anaknya sambil bergegas ke Kolej Darus Salam yang agak jauh dari rumahnya.

Kelasnya habis agak lewat pada hari itu. Aisyah sempat beristighfar kerana terasa mahu kalah dengan hujan yang turun renyai-renyai itu. Dia masih ingat kata-kata Ustaz Amirul," Berdoalah ketika hujan dan harapkanlah rahmat di sebalik rintihan hujan itu." Aisyah tidak menyangka langsung akan turun hujan pada hari itu, kerana tidak nampak tanda-tanda seperti mahu hujan semasa dia Qiamullail pagi tadi. Jadi dia terpaksa meredah hujan itu kerana terlupa membawa payung. Hatinya hanya berdoa moga-moga dia tidak jatuh sakit nanti. Beliau meredakan perasaannya dengan mengingati kembali mimpi aneh yang dialaminya sebelum ini. Super Muslimah? Adakah diriku akan menjadi orang lain selepas ini? Entahlah..

Tiba-tiba sahaja awan gelap kebiru-biruan tertumpu pada suatu tempat, di tempat jana kuasa elektrik yang agak terpencil di kota Amanda itu. Mata Aisyah cepat sahaja menangkap pergerakan awan yang aneh itu. Hatinya bgusar, sudah mahu kiamatkah? Entah mengapa kakinya mudah sahaja melangkah ke arah awan cantik itu, sambil bibirnya tidak putus-putus melafazkan Subhanallah..

Kini Aisyah betul2 berada di sebelah bangunan janakuasa elektrik itu sambil matanya bagaikan terpukau, tidak lepas memandang ke arah awan yang indah itu. Tiba-tiba, satu cahaya seperti elektrik biru menyambar tubuhnya. Bap! Aisyah rebah di bumi Allah itu disirami hujan lebat..

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Aisyah! Bangun, Aisyah!" Aisyah terasa seperti ada yang menggoncang-goncangkan tubuhnya. Perlahan saja dia membuka kelopak matanya.
"Ummi? Ummi, apa dah jadi?"
"Tadi, Aisyah pengsan kat tempat janakuasa elektrik. Kenapa Aisyah pergi situ, tengah hujan-hujan camni? Nasib baik ada Uncle Chong jumpa, kalau kena elektrik macam mana?"
"Maaflah Ummi, lain kali Aisyah tak buat lagi ek? "

Ummi senyum kembali setelah lega melihat Aisyah tidak apa-apa. Setelah itu, ibu bingkas bangun kerana Raudhah, adiknya merengek minta makanan. Ummi meninggalkan Aisyak keseorangan, masih termangu di atas katilnya..
"Ya Rabbi, apa yang telah berlaku tadi? Adakah ini 'maunah' yang Kau berikan Illahi? Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan hidup di dunia ini. 

Aisyah meraup tenang wajahnya. Ketika dia menarik tangannya yang menutupi wajahnya, tiba-tiba dia berasa seperti ada jaluran elektrik menyambar halus di celah jejarinya? Illahi, apakah ini? Aisyah mencuba lagi. Dia mencuba untuk menyentuh jari telunjuk kanannya dengan jari telunjuk kirinya, tapi.. terlihat lagi ada jalur elektrik kecil yang menyambungkan kedua-dua tangannya.. ----

Illahi, apakah ini? Aku tidak mengerti.... Apakah ini kebenaran dari mimpiMu?? Adakah ini satu kuasa yang boleh memberi manfaat buatku, ataukah mudharat?? 


Bersambung




Sinopsis Sebenar Aslan Muhaimin

Views




Salam! Entry 1.

Husna ialah penulis dan satu-satunya admin blog ini. Novel ni sebenarnya ideanya hampir 8 bulan dalam kepala, cuma ada masalah dengan timing. Masa dapat idea tu, tengah prepare untuk SPM. Jadi, terpaksa tangguhkan. Lepas SPM, nak-nak pulak dapat PLKN. Masa kat PLKN disimpan sikit untuk tulis draft novel ni dalam buku catatan - SAHAJA! Agak sakit kepala jugaklah nak siapkan. Hehehe..

Hari ni nak share sinopsis Aslan Muhaimin dahulu. Fahamkan dahulu konsep Aslan Muhaimin ok? Here = =




PENGENALAN WATAK-
Aslan Muhaimin (Aslan)- berani, mudah belajar menggunakan kuasanya, matang, kuat agama, memiliki kuasa elektrik (biasan daripada kuasa Raja Kegelapan)
Flora Equent (Flora) – tegas, berwajah bersih, periang, bertudung litup, pintar, memiliki kuasa unsur tumbuhan hijau, suka mengusik Max
Maximus Stumble (Max) – suka berlagak kacak, takutkan ketinggian, cepat marah, memiliki kuasa unsur api, suka mengumpul gadget baru, asal daripada keluarga yang senang
Emeralda – Puteri perkampungan Magenta. Mempunyai paras yang sangat cantik, lemah lembut tetapi tegas, mempunyai kuasa unsur angin. Seorang psikik (boleh menyaksikan peristiwa penting yang berlaku kepada Raja Kegelapan).
Akira- bapa saudara Aslan Muhaimin, paling rapat dengan Penghulu Willbert, memiliki kuasa unsur kekuatan
Penghulu Willbert- ketua bagi Keluarga Perwira, bijaksana, memiliki kuasa unsur tenaga yang kuat, rapat dengan Amir Qhaliff (bapa Aslan)
Raja Kegelapan – Seorang pengamal sihir yang kuat. Mempunyai seorang pengikut yang setia, ingin menyedut kembali kuasanya yang terbias dalam tubuh Aslan. Ingin menyambung rancangan untuk menguasai dunia yang dahulunya berjaya disekat oleh ayah Aslan.
2. Sinopsis
Cerita ini berkenaan dengan masyarakat moden yang mempunyai kuasa istimewa semenjak lahir. Musuh mereka – pengamal sihir yang terpesong daripada tali Allah. Aslan Muhaimin dikatakan perlu menewaskan Raja Kegelapan tetapi dia masih baru dalam mengenal kuasanya.
Aslan Muhaimin ialah seorang remaja 14 tahun yang membesar dengan suasana islamik. Dia tinggal di tahun 2040, suatu zaman kenaikan Islam. Tempat tinggalnya, Bandar Darussalam mempunyai masyarakat yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan. Aslan bersama-sama ibu (Ummi Kamila) dan kakaknya, Farisha tinggal di sudut bandar. Ayahnya, Amir Qhaliff dikatakan telah meninggal dunia akibat kemalangan di makmal semasa melakukan kajian. Namun begitu, ayahnya sebenarnya berasal daripada dunia Cleopatra, dan kenyataannya ayahnya bukanlah meninggal dunia kerana kemalangan biasa. Ayahnya masyhur sebagai seorang hero di dunia tersebut, kerana berjaya mengurung Raja Kegelapan dalam Kurungan Abadi yang terletak di bahagian bawah tanah istana milik Kegelapan. Namun begitu, ayahnya terkorban dalam runtuhan istana itu. Aslan bersekolah di Madrasah Hamka . Suatu hari ketika pulang dari sekolah, dia terkena panah kilat ketika hujan lebat di sebuah pusat jana kuasa elektrik lama. Semenjak itu dia memiliki kuasa istimewa, iaitu kuasa unsur elektrik. Selepas sekolahnya diserang oleh konco-konco Kegelapan, dia mula mengetahui bahawa kuasa aneh itu biasan separuh daripada kuasa Raja Kegelapan yang berjaya melepaskan diri dari kurungan tersebut. Dia mula belajar mengawal kuasanya dan sentiasa menyelamatkan orang ramai yang diganggu oleh makhluk aneh itu. Ketika melintasi pusat jana kuasa itu, Aslan kemudiannya ‘disedut’ ke ruang udara melepasi lapisan atmosfera kerana Raja Kegelapan yang masih belum sempurna jasadnya ingin bersua muka dengannya. Raja Kegelapan menyerupai bebola gas yang membentuk wajah manusia. Dia diberi masa selama tiga hari untuk mempersiapkan diri untuk bertarung dengannya. Aslan menghadapi pertempuran pertama yang mendebarkan dengan Raja Kegelapan. Dia akhirnya dibantu oleh ahli keluarganya dari Cleopatra sehingga Raja Kegelapan “lenyap". Dia ialah Akira, bapa saudaranya dari dunia Cleopatra yang kemudiannya menceritakan bahawa dia merupakan keturunan pejuang dunia itu yang berdarah “Perwira”- satu-satunya harapan untuk mengalahkan Raja Kegelapan untuk keamanan dunia. Semenjak itu, Aslan bersekolah di Sekolah Veronda- antara sekolah superhero yang terkenal di Cleopatra. Aslan mengalami pelbagai pengembaraan menarik. Antaranya adalah:
-        Aslan sering berulang-alik dari Cleopatra ke Bandar Darussalam untuk belajar mengawal kuasa elektriknya dan melawat Ummi Kamila. Ibunya membenarkan dia tinggal di sana bersama-sama keluarga Perwira.
-        Belajar teknik “Andromeda” – teknik menggunakan kuasa untuk membentuk menjadi objek. Aslan juga mula belajar terbang kerana seringkali diejek kerana tidak mampu terbang untuk ke kelas Puan Ibriz.
-        Memenangi Piala Heroes yang selama ini milik pembuli sekolah, Gabriel
-        Menaiki naga bersama-sama rakan baiknya, Flora dan Max ke Pulau Maiden. Suasana kelakar tercetus apabila Max yang asalnya seorang yang berani melolong-lolong sepanjang perjalanan kerana takutkan ketinggian
-        Bertemu dengan Emeralda (puteri negeri Magenta), ketika bermain permainan “Sleether” di dalam hutan. Aslan tersentuh pokok Eshan (portal untuk ke Magenta) .
-        Menyaksikan Emeralda yang mempunyai kuasa unsur angin untuk mengalahkan tentera Yugoslavin yang selalu mengganggu keamanan rakyat negeri itu. Dia  dibenarkan untuk menuntut di Sekolah Veronda
-        Menyelesaikan teka-teki pada album keluarga Aslan. Aslan dan rakan-rakannya mencari tiga kunci untuk sampai ke bilik tersembunyi dalam bangunan Veronda, di mana tersimpannya Kitab Awwal. Semasa pencarian kunci yang kedua, kakak Aslan, Farisha terkorban
-        Aslan berasa bersalah atas kematian kakaknya. Dia mahu menyerah diri kepada Raja Kegelapan kerana tidak mahu keselamatan rakan-rakannya dan orang yang disayangi terancam. Bagaimanapun, Emeralda bertegas supaya Aslan menjauhkan diri daripadanya kerana menurutnya, sekiranya Raja Kegelapan berjaya mendapat kembali separuh kuasanya dalam badan Aslan, sekuruh dunia akan musnah.
-        Berjaya menemui ketiga-tiga kunci dan masuk dalam tiga buah bilik rahsia. Setiap satu bilik ada teka-teki yang perlu diselesaikan. Ketika sampai di bilik yang terakhir, Raja Kegelapan sudah menemui kitab tersebut. Dia mahu mengambil kembali kuasa yang terbias dalam badan Aslan. Ummi Kamila diserang ketika mahu mempertahankannya bersama-sama Akira. Ummi Kamila terkorban.

Okay tak? Boleh komen di bawah. Sebelum tu, kliklah SINI. 

Sunday, 5 May 2013

Test

Views
Test test test test test
Test