Bab 3 - Menemui Raja Kegelapan
Sejurus selepas peristiwa itu, Aisyah meminta Qaish untuk merahsiakan
identitinya. Dia tidak mahu berlaku sesuatu kepada keluarganya. Aisyah
juga makin kerap 'beraksi' dan menyelamatkan mangsa gangguan makhluk
aneh yang selalunya turun bila-bila masa itu. Di sana-sini orang ramai
menggelarnya Super Muslimah, wanita di sebalik pakaian ala-ala pahlawan
Arab. Aisyah hanya berlagak biasa.
Seperti biasa, Aisyah pulang seorang diri dan melintasi tempat janakuasa
elektrik. Entah mengapa Aisyah menghampiri tempat itu, dan memegang
wayar elektrik di situ. Dengan tidak semena-mena, ada suatu kuasa kuat
yang menarik tubuhnya ke atas langit! Sungguh, Aisyah tidak mampu
melawannya! Aisyah tertarik ke atas sehingga melepasi kawasan atmosfera.
Mujur saja dia mampu bernafas walaupun melepasi lapisan atmosfera.
Masya ALLAH!! Sungguh dia bagaikan mahu pengsan apabila menatapi makhluk
di hadapannya!
Ya Malik! Inikah Raja Kegelapan?? Kelihatan satu gumpalan gas hitam
berbentuk sfera bercampur partikel debu yang membentuk seperti wajah
yang mengerikan ada di hadapannya! Saiznya lebih besar daripada Bumi,
sehinggakan sekiranya ia menelan Bumi dengan kegelapannya, Bumi pasti
mati! Aisyah memberanikan dirinya menghadapi makhluk Allah yang aneh
itu.
"Hahahaha!! Rupanya kau hanyalah si perempuan lemah yang menyerap
kuasaku! Kau tahu, kuasa kau adalah kuasaku yang terbias dahulu! Tidak
aku sangka, kau yang akan menerimanya! Pulangkan kepadaku!"
"Tidak! Ia ada dalam diriku! Ia hak ALLAH! Langkah mayat aku dahulu!"
"Hahahahaha!! Baiklah, aku akan beri kau masa! Nanti kita akan bertempur
lagi! Persiapkan diri kau, aku sudah tidak sabar lagi mengalahkan kau!
Ingat, 3 HARI SAHAJA! Kemudian nyawa kau pasti dalam genggamanku!
Hahahahaha!!
"Mati itu hak Allah, dan kau hanya makhlukNya! Baiklah, kita akan bertempur nanti!
Aisyah kemudian diturunkan perlahan-lahan ke Bumi, tanpa disedari,
sebelum sempat ke tanah, dia ditarik ke dalam "worm hole" ! Sesuatu
tangan seperti menariknya masuk ke lubang tersebut...
Bersambung............
No comments :
Post a Comment
Beri komen yang membina!