Sunday, 12 May 2013

Sinopsis Sebenar Aslan Muhaimin

Views




Salam! Entry 1.

Husna ialah penulis dan satu-satunya admin blog ini. Novel ni sebenarnya ideanya hampir 8 bulan dalam kepala, cuma ada masalah dengan timing. Masa dapat idea tu, tengah prepare untuk SPM. Jadi, terpaksa tangguhkan. Lepas SPM, nak-nak pulak dapat PLKN. Masa kat PLKN disimpan sikit untuk tulis draft novel ni dalam buku catatan - SAHAJA! Agak sakit kepala jugaklah nak siapkan. Hehehe..

Hari ni nak share sinopsis Aslan Muhaimin dahulu. Fahamkan dahulu konsep Aslan Muhaimin ok? Here = =




PENGENALAN WATAK-
Aslan Muhaimin (Aslan)- berani, mudah belajar menggunakan kuasanya, matang, kuat agama, memiliki kuasa elektrik (biasan daripada kuasa Raja Kegelapan)
Flora Equent (Flora) – tegas, berwajah bersih, periang, bertudung litup, pintar, memiliki kuasa unsur tumbuhan hijau, suka mengusik Max
Maximus Stumble (Max) – suka berlagak kacak, takutkan ketinggian, cepat marah, memiliki kuasa unsur api, suka mengumpul gadget baru, asal daripada keluarga yang senang
Emeralda – Puteri perkampungan Magenta. Mempunyai paras yang sangat cantik, lemah lembut tetapi tegas, mempunyai kuasa unsur angin. Seorang psikik (boleh menyaksikan peristiwa penting yang berlaku kepada Raja Kegelapan).
Akira- bapa saudara Aslan Muhaimin, paling rapat dengan Penghulu Willbert, memiliki kuasa unsur kekuatan
Penghulu Willbert- ketua bagi Keluarga Perwira, bijaksana, memiliki kuasa unsur tenaga yang kuat, rapat dengan Amir Qhaliff (bapa Aslan)
Raja Kegelapan – Seorang pengamal sihir yang kuat. Mempunyai seorang pengikut yang setia, ingin menyedut kembali kuasanya yang terbias dalam tubuh Aslan. Ingin menyambung rancangan untuk menguasai dunia yang dahulunya berjaya disekat oleh ayah Aslan.
2. Sinopsis
Cerita ini berkenaan dengan masyarakat moden yang mempunyai kuasa istimewa semenjak lahir. Musuh mereka – pengamal sihir yang terpesong daripada tali Allah. Aslan Muhaimin dikatakan perlu menewaskan Raja Kegelapan tetapi dia masih baru dalam mengenal kuasanya.
Aslan Muhaimin ialah seorang remaja 14 tahun yang membesar dengan suasana islamik. Dia tinggal di tahun 2040, suatu zaman kenaikan Islam. Tempat tinggalnya, Bandar Darussalam mempunyai masyarakat yang sentiasa bersederhana dalam kehidupan. Aslan bersama-sama ibu (Ummi Kamila) dan kakaknya, Farisha tinggal di sudut bandar. Ayahnya, Amir Qhaliff dikatakan telah meninggal dunia akibat kemalangan di makmal semasa melakukan kajian. Namun begitu, ayahnya sebenarnya berasal daripada dunia Cleopatra, dan kenyataannya ayahnya bukanlah meninggal dunia kerana kemalangan biasa. Ayahnya masyhur sebagai seorang hero di dunia tersebut, kerana berjaya mengurung Raja Kegelapan dalam Kurungan Abadi yang terletak di bahagian bawah tanah istana milik Kegelapan. Namun begitu, ayahnya terkorban dalam runtuhan istana itu. Aslan bersekolah di Madrasah Hamka . Suatu hari ketika pulang dari sekolah, dia terkena panah kilat ketika hujan lebat di sebuah pusat jana kuasa elektrik lama. Semenjak itu dia memiliki kuasa istimewa, iaitu kuasa unsur elektrik. Selepas sekolahnya diserang oleh konco-konco Kegelapan, dia mula mengetahui bahawa kuasa aneh itu biasan separuh daripada kuasa Raja Kegelapan yang berjaya melepaskan diri dari kurungan tersebut. Dia mula belajar mengawal kuasanya dan sentiasa menyelamatkan orang ramai yang diganggu oleh makhluk aneh itu. Ketika melintasi pusat jana kuasa itu, Aslan kemudiannya ‘disedut’ ke ruang udara melepasi lapisan atmosfera kerana Raja Kegelapan yang masih belum sempurna jasadnya ingin bersua muka dengannya. Raja Kegelapan menyerupai bebola gas yang membentuk wajah manusia. Dia diberi masa selama tiga hari untuk mempersiapkan diri untuk bertarung dengannya. Aslan menghadapi pertempuran pertama yang mendebarkan dengan Raja Kegelapan. Dia akhirnya dibantu oleh ahli keluarganya dari Cleopatra sehingga Raja Kegelapan “lenyap". Dia ialah Akira, bapa saudaranya dari dunia Cleopatra yang kemudiannya menceritakan bahawa dia merupakan keturunan pejuang dunia itu yang berdarah “Perwira”- satu-satunya harapan untuk mengalahkan Raja Kegelapan untuk keamanan dunia. Semenjak itu, Aslan bersekolah di Sekolah Veronda- antara sekolah superhero yang terkenal di Cleopatra. Aslan mengalami pelbagai pengembaraan menarik. Antaranya adalah:
-        Aslan sering berulang-alik dari Cleopatra ke Bandar Darussalam untuk belajar mengawal kuasa elektriknya dan melawat Ummi Kamila. Ibunya membenarkan dia tinggal di sana bersama-sama keluarga Perwira.
-        Belajar teknik “Andromeda” – teknik menggunakan kuasa untuk membentuk menjadi objek. Aslan juga mula belajar terbang kerana seringkali diejek kerana tidak mampu terbang untuk ke kelas Puan Ibriz.
-        Memenangi Piala Heroes yang selama ini milik pembuli sekolah, Gabriel
-        Menaiki naga bersama-sama rakan baiknya, Flora dan Max ke Pulau Maiden. Suasana kelakar tercetus apabila Max yang asalnya seorang yang berani melolong-lolong sepanjang perjalanan kerana takutkan ketinggian
-        Bertemu dengan Emeralda (puteri negeri Magenta), ketika bermain permainan “Sleether” di dalam hutan. Aslan tersentuh pokok Eshan (portal untuk ke Magenta) .
-        Menyaksikan Emeralda yang mempunyai kuasa unsur angin untuk mengalahkan tentera Yugoslavin yang selalu mengganggu keamanan rakyat negeri itu. Dia  dibenarkan untuk menuntut di Sekolah Veronda
-        Menyelesaikan teka-teki pada album keluarga Aslan. Aslan dan rakan-rakannya mencari tiga kunci untuk sampai ke bilik tersembunyi dalam bangunan Veronda, di mana tersimpannya Kitab Awwal. Semasa pencarian kunci yang kedua, kakak Aslan, Farisha terkorban
-        Aslan berasa bersalah atas kematian kakaknya. Dia mahu menyerah diri kepada Raja Kegelapan kerana tidak mahu keselamatan rakan-rakannya dan orang yang disayangi terancam. Bagaimanapun, Emeralda bertegas supaya Aslan menjauhkan diri daripadanya kerana menurutnya, sekiranya Raja Kegelapan berjaya mendapat kembali separuh kuasanya dalam badan Aslan, sekuruh dunia akan musnah.
-        Berjaya menemui ketiga-tiga kunci dan masuk dalam tiga buah bilik rahsia. Setiap satu bilik ada teka-teki yang perlu diselesaikan. Ketika sampai di bilik yang terakhir, Raja Kegelapan sudah menemui kitab tersebut. Dia mahu mengambil kembali kuasa yang terbias dalam badan Aslan. Ummi Kamila diserang ketika mahu mempertahankannya bersama-sama Akira. Ummi Kamila terkorban.

Okay tak? Boleh komen di bawah. Sebelum tu, kliklah SINI. 

No comments :

Post a Comment

Beri komen yang membina!