Bab 2 - Akulah Super Muslimah!
Ahad, Malam Peragaan Kostum Islamik , Bandar Amanda, Kolej Darus Salam
Aisyah, sure anti tak nak makan apa-apa? Ana boleh je ambikkan, nanti
tak larat pula nak qasidah ramai-ramai. Ustaz Amirul dah ready dah
tu,"Fiqah mengerling ke arah Ustaz Amirul yang sudah bersedia dengan
pasukan kompangnya. Aisyah bukan tidak mahu makan, tapi akalnya sahaja
yang tidak habis-habis berfikir tentang perkara aneh yang terjadi ke
atasnya.
Semalaman dia membuat ujikaji sendiri tentang fizikal tubuhnya yang
sudah berubah. Dia bingung, suhu badannya masih sama, kadar
pernafasannya juga lancar.. Dia sempat memilih nama sebagai
penyamarannya, Super Muslimah.
Tapi, dia kini hairan lagi apabila mengingatkan peristiwa dia
terapung-apung di dalam rumahnya ketika membaiki atap rumahnya yang
bocor. Ilahi, penemuan barukah ini? Kuasa baru?
Semasa sedang asyik berqasidah, Kolej Darussalam bergegar kuat. Hampir
saja Aisyah mahu rebah ketika mengimbangkan badannya. Tiba-tiba, bekalan
elektrik terputus. Kemudian, muncul segerombolan makhluk hodoh yang
berpakaian seperti ninja muncul di tengah-tengah lantai kolej. Rabb..
Apakah ini?
"Wahai manusia sekalian! Kamu tak perlu takut!! Aku hanya mahu kamu
menyerahkan pemilik kuasa Kaizer yang jatuh ke bumi dua hari lalu. Dia
tidak patut miliki kuasa itu, ia hanyalah milik Raja Kegelapan!!"
Makhluk tersebut mendesak dan terus-menerus melakukan kerosakan di kolej
itu.
Aisyah menyembunyikan diri di celah kegelapan dan kekalutan warga kolej.
Aisyah tahu, dirinyalah yang menjadi sasaran sekarang. Dia tahu ada
tugas yang perlu diselesaikannya. Dia bertindak pantas dengan
menerbalikkan kain hitam yang menyelubungi dirinya yang dipakai
(ala-ala superman) dan terus memakai purdah simpanannya.
Aisyah belum pasti adakah dirinya betul-betul kuat untuk mengatasi
konco-konco itu kerana dia belum mengkaji kekuatan diri sepenuhnya.
Dengan lafaz bismillah, lancar sahaja buku limanya mengena salah satu
makhluk aneh tadi. DUSH!!! Tumbukannya padu sehinggakan makhluk tadi
terpelanting hingga retak dinding kolej itu. Subhanallah! Aisyah kini
makin yakin dan terus-menerus menumbuk, menendang dan menyerang mereka
dengan jalur elektrik yang keluar dari telapak tangannya.
Hampir semua makhluk aneh tadi kalah pada kekuatannya. Aisyah makin
yakin, tetapi keralitannya membuatkan dia tidak sedar salah seorang
daripada rakannya, Qaish sudah dirangkul kemas sebagai tawanan oleh
ketua konco tersebut.
"Qaish!!" Aisyah cuba melepaskannya dengan menghadapi ketua tadi. Entah
mengapa, ketua tersebut melepaskan begitu sahaja tanpa bertempur
dengannya dahulu. Aisyah terkaku pada kata-katanya," Cukuplah setakat
ini! Sekurang-kurangnya aku dapat sesuatu untuk dipersembahkan kepada
Tuan Zargos. Hei kau, ingat! Ini bukan akhirnya! Takdir kau adalah
untuk Raja Kegelapan! Engkau milik dia!!" -----
Makhluk-makhluk tadi terus lenyap.
Sebelum bekalan elektrik tersambung kembali, Aisyah sempat
memperbetulkan kain hitam yang dipakainya seperti asal dan berpura-pura
seperti warga kolej lain yang keliru dan hampir tidak percaya dengan
situasi tadi. Tiba-tiba, Qaish memanggilnya dari belakang. Dia bercakap
separa berbisik," Engkaukah tadi? Aku kenal suara kau.
Aisyah tidak mungkin berbohong. Kebenaran meluncur sahaja dari mulutnya
dan membuatkan Qaish terkesima sementara," Ya, memang aku..."
Bersambung........
No comments :
Post a Comment
Beri komen yang membina!